Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Enam maut kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu
  • NASIONAL

Enam maut kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu

Utusan Sarawak 5 years ago
KEMALANGAN itu berlaku di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu membabitkan sebuah treler, kenderaan jenis Isuzu Dmax dan sebuah Proton Saga pada 8.30 pagi semalam.

LAHAD DATU: Enam maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu dekat sini, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada 8.30 pagi membabitkan sebuah treler, kenderaan jenis Isuzu Dmax dan sebuah Proton Saga.

Beliau berkata dalam kejadian itu treler berkenaan terjunam sedalam 18 meter manakala dua buah lagi kenderaan remuk.

“Mangsa (yang meninggal dunia) adalah pemandu treler, pasangan suami isteri dalam kenderaan Isuzu Dmaz serta tiga individu dalam Proton Saga, (mereka) tersepit dalam kenderaan,” katanya.

Kamarulzaman berkata kesemua enam mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Polis rampas dadah lebih RM1.7 Juta
Next: Agong kurnia sumbangan pada komuniti gelandangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.