Enam maut dalam kemalangan helikopter di Kenya

Facebook
WhatsApp
KEADAAN di lokasi nahas helikopter di Daerah Nandi yang meragut enam nyawa, termasuk seorang ahli Parlimen Kenya. Foto X

NAIROBI: Enam maut dalam kejadian helikopter komersial terhempas di Daerah Nandi, barat laut Kenya, malam tadi, kata pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Speaker parlimen Kenya, Moses Wetang’ula, mengesahkan kematian ahli parlimen Johana Ng’eno dalam kemalangan itu.

Menurut media tempatan, helikopter tersebut cuba melakukan pendaratan kecemasan sebelum terbakar di tengah cuaca berkabus dan penglihatan terhad.- Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara