Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam masjid, surau di Simanggang terima sumbangan lembu korban
  • Selatan
  • WILAYAH

Enam masjid, surau di Simanggang terima sumbangan lembu korban

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada pelaksanaan ibadah korban di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah dekat sini, semalam. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menyumbangkan enam ekor lembu kepada enam masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Beliau berkata lembu yang disumbangkan itu adalah bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.

Antara penerima sumbangan lembu korban tersebut ialah Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah yang menerima dua ekor lembu, manakala masing-masing seekor lembu disumbangkan kepada Masjid Al-Amin Taman Sri Jaya, Surau An-Nur RPR Fasa 1, Surau Darul Hasannah Taman Harmoni dan Surau di 13RAMD Kem Pakit, Sri Aman.

Harden berkata program ibadah korban sempena Aidiladha mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat. Pada kesempatan itu, beliau berpeluang menyaksikan sendiri proses penyembelihan serta melapah daging bersama penduduk setempat.

“Program seperti ini bukan sahaja memperkukuh amalan keagamaan, malah menjadi platform mempererat hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat,” katanya semasa hadir pada pelaksanaan ibadah korban di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah dekat sini, semalam.

“Ibadah korban dapat menyatukan penduduk kampung menerusi kerjasama yang dijalankan semasa melakukan penyembelihan dan melapah daging korban.

“Kerjasama masyarakat Islam dalam membantu memudahkan ibadah korban secara tidak langsung mengukuhkan silaturahim sesama kita. Adalah diharapkan dengan sumbangan daging korban tersebut dapat menyempurnakan ibadah korban bagi masyarakat muslim yang merayakan Aidiladha pada tahun ini,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Single mother looking for husband who went missing in China
Next: 174 asnaf, keluarga B40 terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.