Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam masjid baharu dalam pelaksanaan, pembangunan modal insan terus diperkasa
  • TEMPATAN

Enam masjid baharu dalam pelaksanaan, pembangunan modal insan terus diperkasa

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menghadiri Program Sungkey dan Terawih Kepimpinan Demak Laut di hotel terkemuka di sini, baru-baru ini. Foto UKAS

KUCHING: Pembangunan fizikal dan modal insan perlu bergerak seiring bagi memastikan kemajuan yang dicapai benar-benar menyeluruh dan mampan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata konsep perjuangan dan pembangunan tidak harus tertumpu kepada pembinaan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perlu diselarikan dengan usaha memperkasa pendidikan, sahsiah dan nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Mengambil contoh di kawasan Demak Laut, katanya seramai 200 hingga 250 pelajar di sini berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun, sekali gus membuktikan keberkesanan agenda pembangunan modal insan yang dilaksanakan.

“Teruskan perjuangan yang mantap ini. Kita perlu memahami konsep perjuangan pembangunan fizikal dan modal insan secara seimbang demi mengekalkan bangsa yang benar-benar maju dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Sungkey dan Terawih Kepimpinan Demak Laut di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

TIMBALAN Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menghadiri Program Sungkey dan Terawih Kepimpinan Demak Laut di hotel terkemuka di sini, baru-baru ini. Foto UKAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut itu memberitahu, sebanyak enam masjid baharu kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, antaranya Masjid Pine Villa dalam pelaksanaan, Masjid Sejingkat dan Masjid Goebilt dalam proses tender, Masjid Senari akan ditender, manakala Masjid Tanjung Bako dan Masjid Muhibbah Seberang Pending dalam proses reka bentuk.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 16 masjid dan 16 surau di kawasan DUN Demak Laut menerima sumbangan dana tahunan berjumlah keseluruhan RM880,000 bagi memastikan kelancaran aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan.

Turut menerima agihan ialah 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta 40 ranting bagi penganjuran program bubur lambuk.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Berhenti menuding jari, fokus selesai punca insiden bangunan runtuh – PDP Wilayah Tengah
Next: Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah masuk hari kelima Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.