Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam letupan gegar sambutan Tahun Baharu
  • GLOBAL

Enam letupan gegar sambutan Tahun Baharu

Utusan Sarawak 3 years ago
OPERASI PEMADAMAN… Anggota bomba memadam kebakaran di kawasan kediaman yang musnah dijilat api di daerah Boulder dan Denver, Colorado. • Foto AFP

BANGKOK: Enam butir bom dilaporkan meletup di wilayah sempadan selatan Thailand, Yala pada malam menjelang Tahun Baru 2022 dengan menyebabkan beberapa tiang kuasa elektrik tumbang, lapor AFP semalam. 

Ketua Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral (polis) Tinnakorn Rangmat berkata semalam bahawa kumpulan penentang, Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengaku bertanggungjawab berhubung dua letupan yang berlaku di daerah Muang dan empat lagi di daerah Bannang Sata. 

Letupan Muang dilaporkan menumbangkan dua tiang kuasa elektrik termasuk satu di Lebuhraya 409, Ban Tha Sap atau kampung Moo 1, manakala bom kedua meletup berhampiran loji jana kuasa di Ban Phong Yirai.

Empat bom turut dilaporkan meletup di daerah Bannang Sata dengan bom pertama meletup di tiang elektrik tepi Lebuhraya 410 bertentangan dengan kilang memproses kayu getah di kampung Ban Pa Wang.

Seterusnya, letupan kedua dan ketiga berlaku di tiang elektrik dan menara isyarat telefon bimbit di sebuah persimpangan di kampung Ban Bue Su.

Letupan keempat pula berlaku berhampiran tiang elektrik di Ban Kasang.

Menurut Tinnakorn, walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tiang elektrik yang tumbang akibat siri letupan tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Kesemua letupan dilaporkan berpunca daripada bom buatan sendiri yang dihasilkan menggunakan balang pemadam api dan alat pemasa.

Masa letupan sebenar tidak didedahkan oleh ketua polis. – AFP

Continue Reading

Previous: Angka korban Taufan Rai meningkat
Next: 10 bilionair dunia kumpul kekayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.