Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam lelaki, seorang wanita dicekup kes dadah di Bau
  • JENAYAH

Enam lelaki, seorang wanita dicekup kes dadah di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN… Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata tangkapan dibuat antara 9.15 pagi hingga 5.20 petang di pejabat BSJN IPD Bau.

Beliau berkata, kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah dan mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Haide menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menyalurkannya melalui talian hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dadah di Lawas
Next: Kenderaan hilang di Siniawan, polis siasat kes kecurian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.