Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam kru ditahan, kapal tunda gagal serah dokumen sah
  • JENAYAH

Enam kru ditahan, kapal tunda gagal serah dokumen sah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TAHAN… Vesel tunda dan tongkang yang ditahan petang semalam diiring ke PTV Miri untuk tindakan lanjut. Foto Maritim Malaysia

MIRI: Sebuah kapal tunda dan tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen sah ketika diperiksa pegawai agensi itu, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, berkata penahanan dilakukan kira-kira 4.16 petang oleh pasukan peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi PERMAI 01/2019 dan Operasi TIRIS 3.0 di perairan kira-kira 2.9 batu nautika barat laut Kuala Baram.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tunda bersama tongkang berkenaan gagal mengemukakan dokumen sah yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, enam kru termasuk nakhoda, semuanya warga tempatan berusia antara 28 hingga 59 tahun, turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kapal tunda berkenaan telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Malaysia Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen sah semasa pemeriksaan oleh pegawai Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia, tegas beliau, komited dalam menjalankan rondaan dan pemantauan berterusan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang serta aktiviti jenayah maritim di perairan negara. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau menghadapi kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM1.2 juta guna khidmat kurier
Next: Surirumah rugi lebih RM108,000 akibat terpedaya iklan jualan kereta palsu di Facebook

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.