Enam kes jenayah diputuskan di Mahkamah Majistret Bau

Facebook
WhatsApp
KENYATAAN media Ketua Polis Daerah Bau.

BAU: Sebanyak enam kes jenayah mendapat keputusan di Mahkamah Majistret Bau membabitkan pelbagai pertuduhan termasuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Senjata 1960 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 pada 27 dan 28 Ogos 2026.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd. Haide A. Rahman, daripada enam kes berkenaan, seorang Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dengan mahkamah menetapkan laporan sosial pada 24 September 2026.

Bagi satu lagi kes di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, OKT tidak mengaku salah. 

Mahkamah menawarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin tempatan, namun wang jaminan berkenaan tidak dibayar dan sebutan Perintah Tahanan Dalam Lokap (PTCM) ditetapkan pada 24 September 2026.

Satu kes di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan pula menyaksikan OKT tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan telah dikeluarkan daripada senarai (struck out).

Sementara itu, bagi kes di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, OKT dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan, berkuat kuasa mulai 28 Ogos 2026.

Dua lagi kes masing-masing membabitkan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Dalam kes pertama, OKT didenda RM2,500 dan jika gagal membayar denda, boleh dikenakan hukuman penjara selama dua bulan. Denda berkenaan telah dibayar.

Bagi kes kedua, OKT didenda RM3,000 dan jika gagal membayar denda, dikenakan hukuman penjara selama dua bulan. Denda turut telah dibayar.

Kesemua pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret, Ling Hui Chuan, dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Safly Nor Kazly dan Ahmad Fauzultfi Suriani.

Dalam kenyataan media itu, Mohd. Haide berkata Polis Daerah Bau akan terus menjalankan siasatan secara profesional serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Vokalis BPR Joey meninggal dunia hari ini

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR, meninggal dunia di Hospital Kuala