Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam inisiatif tambah baik hak kanak-kanak di Sarawak
  • TEMPATAN

Enam inisiatif tambah baik hak kanak-kanak di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Fatimah Abdullah hadir Perbincangan Meja Bulat: Hak Pendidikan Kanak-kanak Pelarian dan Tanpa Kewarganegaraan yang dianjurkan oleh SUHAKAM bersama Asia Displacement Solutions Platform (ADSP) dan European Humanitarian Union Aid di Putrajaya, semalam.
 

KUCHING: Penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri Sarawak atas izin dan budi bicara Menteri Dalam Negeri merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Sarawak dalam menambahbaik hak pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen atau warganegara di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti  enam inisiatif dalam menambahbaik hak kanak-kanak di Sarawak.

“Selain Penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Peringkat Negeri Sarawak, lima lagi inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Sarawak ialah  Penubuhan Pasukan Petugas Khas Bagi Menangani Isu Penduduk Sarawak Yang Tidak Mempunyai Taraf Kewarganegaraan dan Penubuhan Pusat Pembelajaran Komuniti di ladang-ladang kelapa sawit.

“Dalam pada itu, Pengeluaran Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan, Pelaksanaan kajian ‘A Comprehensive Study on the Causative Factors Leading to Stateless Children in Sarawak’ dan Program Randau Pembangunan Sosial oleh MPS, yang merupakan program advokasi tentang pentingnya dokumen pengenalan diri, isu-isu berkaitan dan cara menangani masalah ini di kawasan yang dikenal pasti.

“Sebanyak  24 siri program RPS dirancang untuk tujuan pelaksanaan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perbincangan Meja Bulat: Hak Pendidikan Kanak-kanak Pelarian dan Tanpa Kewarganegaraan yang dianjurkan oleh SUHAKAM bersama Asia Displacement Solutions Platform (ADSP) dan European Humanitarian Union Aid di Putrajaya, semalam.

Kata Fatimah lagi, sebanyak empat konteks atau kategori kanak-kanak yang sukar untuk mendapat akses kepada pendidikan.

Ini melibatkan kanak-kanak berstatus kewarganegaraan belum ditentukan, kanak-kanak bukan warganegara, kanak-kanak pribumi yang tiada dokumen pengenalan diri dan kanak-kanak Indonesia bawah 12 tahun yang mana ibu dan bapa mereka adalah pekerja Indonesia yang bekerja di ladang-ladang di Sarawak.

“Kesemua inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada individu yang layak untuk mendapatkan akses pendidikan, perkhidmatan kesihatan, peluang pekerjaan dan status perkahwinan yang sah,” katanya lagi.

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan bengkel tingkat konsep ekonomi sirkular
Next: Rabies ragut nyawa Jackery Jero

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.