Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam individu termasuk wanita diperintah jalani pemulihan dadah selama dua tahun
  • JENAYAH

Enam individu termasuk wanita diperintah jalani pemulihan dadah selama dua tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
ENAM individu termasuk seorang wanita telah diperintah mahkamah menjalani Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) selama tempoh dua tahun di bawah pengawasan AADK Daerah Betong. Foto: AADK Daerah Betong

BETONG: Seramai enam individu termasuk seorang wanita telah didakwa di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta Seksyen 6(2)(b) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Menurut kenyataan media Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Betong memaklumkan, kesemua individu terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Daerah Saratok dekat sini kelmarin bagi proses pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin kemudian memerintahkan semua tertuduh menjalani Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) selama tempoh dua tahun di bawah pengawasan AADK Daerah Betong.

Perintah tersebut dibuat sebagai langkah pemulihan yang bertujuan membantu individu terbabit kembali menjalani kehidupan normal selain memastikan mereka mendapat bimbingan serta pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa.

AADK Daerah Betong berkata, pendekatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti adalah antara usaha penting dalam menangani masalah penagihan dadah secara lebih menyeluruh dan berkesan, khususnya dalam membantu penagih mendapatkan sokongan pemulihan tanpa dipinggirkan daripada masyarakat.

Menurut agensi itu, kerjasama pelbagai pihak termasuk keluarga, komuniti setempat serta agensi berkaitan amat diperlukan bagi memastikan proses pemulihan yang dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada individu yang terlibat.

Dalam pada itu, AADK Daerah Betong turut menegaskan komitmennya untuk terus mempergiat usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan demi membendung gejala dadah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera dan bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama dadah dalam serbuan di Sadong Jaya
Next: Padah curi paip tembaga, lelaki dicekup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.