Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam individu ditahan Operasi Cegah AADK Kota Samarahan
  • TEMPATAN

Enam individu ditahan Operasi Cegah AADK Kota Samarahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
AADK Daerah Kota Samarahan telah melaksanakan Operasi Aduan dan Cegah di sekitar bahagian ini, semalam. Foto AADK Daerah Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Enam individu telah ditahan dalam satu operasi Aduan dan Cegah yang dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Samarahan di sekitar sini, semalam.

Menurut kenyataan media AADK Daerah Kota Samarahan, tangkapan dibuat selepas saringan air kencing individu berkenaan didapati positif terhadap penggunaan dadah dan bahan terlarang. 

Operasi ini dilaksanakan selari dengan pemerkasaan pindaan Akta 283 – Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

AADK Daerah Kota Samarahan telah melaksanakan Operasi Aduan dan Cegah di sekitar bahagian ini, semalam. Foto AADK Daerah Kota Samarahan

Pindaan terbaru akta berkenaan meluaskan skop tindakan agensi, membolehkan tangkapan, rawatan, dan pemulihan diberikan bukan sahaja kepada penagih, tetapi juga penyalah guna dadah dan bahan.

AADK menekankan bahawa operasi seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan yang dikenal pasti mempunyai aktiviti tinggi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membuat aduan melalui AADK Hotline di talian 1-800-22-2235 atau WhatsApp di 019-626 2233.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perhebatkan promosi penginapan di Pantai Tanjung Kembang demi pendapatan berterusan
Next: Chiew jemput warga Miri hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 18 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.