Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
  • MAHKAMAH

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Kesemua suspek dibawa ke mahkamah pagi tadi untuk dipohon reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

KUCHING: Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.

Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong.

 Beliau berkata kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di sini untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Mahkamah benarkah Muhyiddin dapat sementara pasport untuk lawat kakak ipar sakit
Next: Peguam Negara dibenarkan untuk rayuan berkaitan dokumen tambahan kes Najib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.