RINGKAS… Nasi bunkus dengan masakan sayur-sayur hutan yang dimasak secara kampung.
SEDAPNYA pelbagai sajian menu harian inspirasi masakan kampung jika dimakan bersama nasi bungkus atau nasi panas memang membuka selera.
Terdapat perlbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk suri rumah.
Masakan kampung boleh didapati di warung, restoran dan sebaginya, di mana sahaja menu yang berasaskan masakan kampung.
Menurut Siti Naquiah Abdullah pemilik premis masakan kampung di bangunan SEDC, masakan kampung sebenarnya amat mudah untuk disediakan sebagai hidangan kepada ahli keluarga sebagai makanan tengah hari.
Katanya satu kelebihan masakan kampung ialah ia amat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya amat mudah didapati.
Malah menurut Siti masakan kampung merupakan masakan yang kena dengan cita rasa orang kita walaupun menunya ringkas sahaja tetapi ia pasti enak dijamah bersama nasi putih atau nasi bungkus.
Nasi bungkus menurut Siti merupakan menu pembuka selera bagi sesetengah orang yang mana nasi bungkus ini sebaik sahaja dimasak ia perlu dibungkus dalam sejenis daun yang dipanggil daun “irik”.
Katanya nasi bungkus ini adalah makanan tradisiol masyarakat Kelabit dan cara pembuatannya hampir sama masakan nasi dari beras biasa.
Nasi bungkus di masak menggunakan dapur kayu kerana aroma nasinya lebih enak berbanding dengan menggunakan periuk elektrik.
Menurut Siti nasi yang sudah masak dilenyekkan menggunakan perkakas dapur dan sesudah hancur dan masak sepenuhnya barulah dikepal dan dimasukan ke dalam daun ‘irik”.
Puan Siti menyediakan pelbagai jenis masakan sayur hutan dan menu-menu lain berasaskan masakan kampung antaranya Rebung Masak Lemak, Lamidin Tumis Belacan, Sayur Ensabi Campur Tumis Kulat, Tumis Daun Ubi Campur Terung Pipit dan Cili Putih, Sayur Keladi Masak Lemak dan Ayam Pancuh Masak Secara dalam periuk.
Katanya menyediakan ayam pancuh menggunakan periuk lebih mudah dan cepat berbanding masakan menggunakan buluh yang mengambil masa untuk masak.
Namun resipinya sama seperti kita masak dalam buluh,” tambah Siti.
Oleh JIKU JUGUONG