Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Enaknya Ayam Masak Terung Asam
  • STAIL

Enaknya Ayam Masak Terung Asam

Utusan Sarawak 3 years ago
TERUNG asam masak ayam siap dihidang.

Terung  Asam atau terung  Dayak  memang  tidak asing dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Terung Asam ini  merupakan produk negeri Sarawak  yang boleh dihasil menjadi tanaman komersial bernilai tinggi serta mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada pekebun negeri ini.

Buah terung ni nampak biasa,tapi harga pasarannya tinggi boleh  mencecah  hingga  RM12 sekilo.

Terung asam ini boleh  didapati  di  pasar tamu dan  pasar  raya.

Buah terung asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang.

Rasa buahnya yang masam seperti tomato, sering digunakan dalam masakan seperti  dicampurkan bersama sambal, asam rebus,masak tumis atau dimasak bersama ayam atau ikan.

Terung  ini juga boleh ditumis atau dijadikan bahan ganti asam keping atau asam jawa.

Apa yang pasti,   apa sahaja  masakan  berasaskan terung  asam  ini amat  menyelerakan.

Ayam masak terung asam  antara  hidangan mudah  dan  sedap.

Tidak  perlu guna  perencah sup  atau  rempah  empat  sekawan.

Bahannya sedikit serta cara masakannya juga sangat mudah.

Bahan-bahan  yang diperlukan untuk hidangan sup ayam  terung  asam ialah ayam dipotong kecil, terung asam dihiris sederhana nipis, bawang putih dan  merah
dan  sedikit minyak untuk menumis sup.

Cara  memasaknya ialah  tumis  bawang putih  dan merah  hingga naik bau, kemudian masukkan ayam dna  goreng  hingga sikit  kuning.

Seterusnya  masukkan air untuk  sup  hingga mendidih, kemudian  masukkan terung asam.

Masak hingga terung dan  ayam lembut dan  setelah  itu ,masukkan bahan perasa  dan  siap  untuk dihidang.

Bagi  mereka yang gemar makan  pedas, boleh masukkan cili api.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Tuala buruk jadi pasu unik
Next: ‘Lubuk Rezeki’ di Pekan Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.