Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat zon rumah panjang di DUN Kalaka terima lampu solar
  • Selatan
  • WILAYAH

Empat zon rumah panjang di DUN Kalaka terima lampu solar

Utusan Sarawak 3 days ago
MOHAMAD Duri pada majlis ringkas penyerahan tapak projek kepada empat kontraktor yang dilantik, yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, di sini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka 

SARATOK: Penduduk di beberapa rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal menikmati kemudahan pencahayaan lebih baik apabila projek pemasangan lampu berkuasa solar dilaksanakan di empat zon utama melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek tersebut akan dimulakan dalam masa terdekat bagi memastikan kemudahan asas di kawasan luar bandar terus dipertingkatkan selaras dengan komitmen kerajaan negeri membangunkan kawasan pedalaman.

“Empat zon dikenal pasti bagi pelaksanaan fasa pertama ini melibatkan Zon 1 iaitu Sungai Antu, Zon 2, Senyawan dan Entebu, Zon 3 Batu Burak, Sungai Menuak, Sungai Engkabang, Metong dan Sungai Ruan, serta Zon 4 Lubok Nibong,” katanya.

MOHAMAD Duri pada majlis ringkas penyerahan tapak projek kepada empat kontraktor yang dilantik, yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, di sini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka 

Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas penyerahan tapak projek kepada empat kontraktor yang dilantik, yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, di sini.

Mohamad Duri berkata pemilihan kontraktor dibuat melalui proses cabut undi yang dikendalikan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong dan Majlis Daerah Saratok (MDS) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual.

Tambah beliau, bagi kawasan rumah panjang dan kampung lain di DUN Kalaka, pemasangan lampu solar akan diteruskan secara berperingkat setelah proses lantikan kontraktor siap dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Insya-Allah, semua kampung dan rumah panjang di DUN Kalaka akan menikmati kemudahan lampu berkuasa solar dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad, wakil Majlis Daerah Saratok, Suriati David Thomas serta para kontraktor yang dilantik.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan semula SK Haji Junid Gerigat siap sepenuhnya
Next: ADUN Kalaka bantu baik pulih kediaman Mohammad Efnisaiful

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.