Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat warga asing, seorang tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas di Mukah
  • JENAYAH

Empat warga asing, seorang tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas di Mukah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN….Warga asing, seorang tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas di Mukah. Foto IPD Mukah

MUKAH: Empat lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, operasi yang bermula sekitar jam 8 pagi itu melibatkan dua serbuan berasingan hasil maklumat serta risikan pihak polis.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 8.15 pagi di sebuah pondok ladang persendirian di Jalan Mukah-Selangau.

“Dalam serbuan tersebut, empat lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 39 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan menemui 15 keratan tiub straw lutsinar dan empat paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam simpanan suspek berumur 39 tahun.

DITAHAN….Warga asing, seorang tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas di Mukah. Foto IPD Mukah

“Anggaran berat kasar keseluruhan rampasan adalah 9.15 gram dengan nilai sekitar RM1,006. Suspek utama dipercayai bertindak sebagai pengedar kecil-kecilan atau ‘pusher’ di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. 

Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala dua lagi negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Selain itu, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Semua suspek direman empat hari sehingga 4 Mac ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam serbuan kedua kira-kira jam 2.50 petang di belakang sebuah klinik di Jalan Setiaraja, seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi bahan disyaki methamphetamine atau syabu seberat 0.18 gram dengan anggaran nilai RM50.

“Suspek yang juga bekerja sebagai buruh dibawa ke IPD Mukah dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek turut direman empat hari sehingga 4 Mac ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki dicekup dalam operasi khas, ujian air kencing positif dadah
Next: Tangkapan kes curi motosikal, dua kes berjaya diselesaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.