Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Empat vokalis rock ‘otai’ kongsi pentas di Singapura
  • HIBURAN

Empat vokalis rock ‘otai’ kongsi pentas di Singapura

Utusan Sarawak 4 months ago
EMPAT ‘otai’ rock bakal beraksi, Datuk Nash, Ameng Spring, Zamani Slam dan Jatt Ali. Foto MUSE+

KUALA LUMPUR: Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali akan berpadu tenaga menjayakan Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura, 1 Februari depan.

Penganjur konsert MUSE+ dalam satu kenyataan hari ini, berkata empat vokalis rock ‘otai’ itu dipilih berkongsi pentas berikutan jenama dan karya hit mereka masih mendapat tempat di hati peminat di sana.

“Tanyalah siapa tidak pernah dengar lagu Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Sampai Hati (Ameng Spring) atau Khayalan (Jatt Ali Black Dog Bone), kami di MUSE+ percaya peminat muzik pasti pernah mendengar atau mungkin sangat meminati lagu-lagu ini.

“Signifikan dengan konsep yang dibawakan iaitu ‘hitster’ dan ‘otai sangat menyengat’ maka Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali merupakan vokalis paling layak mengisi edisi ini,” kata MUSE+.

Dalam kenyataan sama, Zamani menyifatkan pemilihannya menjayakan konsert itu sebagai penghormatan, lebih-lebih lagi ini kali pertama beliau berkongsi pentas dengan Datuk Nash, Ameng Spring dan Jatt Ali di The Star Theatre.

“Syabas buat penganjur kerana membawa sebuah konsert dengan konsep yang cukup unik apabila menggabungkan empat vokalis dengan ciri khas masing-masing di atas satu pentas,” katanya.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan vokalis otai tersebut boleh mendapatkan tiket di www.startix.sg. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: M. Nasir hidupkan semula ‘Nuri Terbang Malam’
Next: Perlu kerap hasil lagu baharu untuk berjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.