Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Empat syarikat didenda RM1 juta di Sibu, miliki diesel tanpa kebenaran
  • MAHKAMAH

Empat syarikat didenda RM1 juta di Sibu, miliki diesel tanpa kebenaran

Utusan Sarawak 5 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda berjumlah RM1 juta terhadap empat syarikat atas enam pertuduhan memiliki barangan kawalan iaitu minyak diesel dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dua tahun lepas.

Terdahulu, empat syarikat itu yang diwakili oleh dua orang pengarahnya membuat pengakuan bersalah bagi keenam-enam pertuduhan pindaan itu di hadapan hakim Musyiri Peet.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua, ketiga dan kelima, syarikat didakwa memiliki barangan kawalan yang juga barangan berjadual iaitu 2,729 liter, 38,000 liter, 15,897 liter dan 38,000 liter minyak diesel di dalam empat lori milik syarikat.

Sementara bagi pertuduhan keempat dan keenam, syarikat didakwa miliki barangan kawalan iaitu 94,750 liter dan 141,060 liter minyak diesel di dalam dua kapal milik syarikat, dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah bahawa suatu kesalahan terhadap Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis syarikat di Jeti Tanjung Engkilo, Sungai Batang Rejang pada 25 Ogos 2024, dan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta yang sama.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM2 juta dan denda tidak lebih RM5 juta bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Mahkamah terdahulu menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan pertama, RM300,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan RM400,000 atau penjara lapan bulan bagi pertuduhan ketiga.

Bagi pertuduhan keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM90,000 atau penjara tiga bulan, RM50,000 atau penjara dua bulan bagi pertuduhan kelima dan RM10,000 atau penjara sebulan bagi pertuduhan keenam.

Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan diesel yang dirampas dalam semua kes dilucut hak kepada kerajaan, manakala kenderaan dan kapal yang terlibat dipulangkan kepada pemilik berdaftar masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sarawak, Iezzah Iburdanisha Ibrahim, manakala syarikat diwakili peguam bela Timothy Lim Teng.

Kedua-dua pengarah syarikat terbabit dibebaskan setelah membayar denda tersebut.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Ketua pengarah, pengarah jabatan direman, disyaki seleweng dana RM900,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.