Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat sekawan termasuk wanita tumpas dalam Op Tapis khas IPD Sri Aman
  • JENAYAH

Empat sekawan termasuk wanita tumpas dalam Op Tapis khas IPD Sri Aman

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG wanita antara empat individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis Khas Sarawak yang dijalankan pasukan polis awal pagi tadi. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Cubaan empat sekawan termasuk seorang wanita untuk bersembunyi di sebalik aktiviti dadah gagal apabila mereka dicekup polis dalam serbuan Op Tapis Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, awal pagi tadi.

​Operasi menerusi Op Tapis Khas Sarawak itu menyaksikan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sri Aman bertindak hasil risikan serta maklumat awam yang jitu.

​Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam mengesahkan kesemua suspek merupakan warga tempatan yang ditahan sekitar 7.30 pagi di kawasan tumpuan di sini.

​Hasil penggeledahan rapi, polis berjaya menemukan satu tiub straw berisi ketulan kristal putih, dipercayai dadah jenis syabu yang disorokkan dengan rapi di dalam sebuah beg kecil milik suspek.

​Semakan lanjut mendedahkan sisi gelap tiga suspek lelaki tersebut yang rupa-rupanya merupakan ‘muka lama’ dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.

SATU tiub straw berisi ketulan kristal putih, dipercayai dadah jenis syabu yang disorokkan dengan rapi di dalam sebuah beg kecil milik suspek.

​Bagaimanapun, suspek wanita yang ditahan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini, namun kini tetap berdepan tindakan undang-undang yang sama.

​Mengulas mengenai kejayaan itu, Dennis menegaskan bahawa IPD Sri Aman tidak akan berkompromi dan kekal komited dalam misi membersihkan daerah ini daripada sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

​Pihak polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan agar segera menghubungi IPD Sri Aman di talian 083-322121 untuk tindakan pantas.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong
Next: 13 lelaki ditahan, positif dadah dalam Op Tapis Khas di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.