Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek siap, tiga projek lagi giat dibangunkan di Tanjong Datu
  • Selatan
  • WILAYAH

Empat projek siap, tiga projek lagi giat dibangunkan di Tanjong Datu

Utusan Sarawak 5 hours ago
AZIZUL Annuar Adenan, menyempurnakan penyerahan projek siap kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat lokasi berasingan, serta meninjau kemajuan tiga projek yang sedang dalam pembinaan, hari ini. -Foto UKAS

LUNDU: Pendekatan pembangunan seimbang di kawasan luar bandar terus diperkukuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu apabila empat projek infrastruktur berjaya disiapkan dan diserahkan, manakala tiga lagi sedang giat dibangunkan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, menyempurnakan penyerahan projek siap kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat lokasi berasingan, serta meninjau kemajuan tiga projek yang sedang dalam pembinaan, hari ini.

Empat projek siap yang telah diserahkan ialah Projek Bina Baru Jambatan di Kampung Pulo Ayer Melayu, Projek Naik Taraf Jalan Lorong Belungei Besar 2 di Kampung Belungei, Projek Bina Baru Dewan Serbaguna di Kampung Perigi serta projek Naik Taraf Dewan di Kampung Sebat Dayak

Tiga projek yang masih dalam pembinaan pula melibatkan Projek Naik Taraf Jalan Kuala Bandang, Projek Naik Taraf Jalan dalam Kampung Telok Melano dan Projek Bina Baru Dewan Serbaguna Kampung Sebat Baru.

Selain itu, beliau turut meninjau kemajuan pembinaan Masjid Al-Sultan Abdullah di Telok Melano, yang dijangka menjadi mercu tanda baharu kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut.

“Kita tidak hanya menumpukan kepada satu kawasan sahaja, sebaliknya projek pembangunan diagihkan secara seimbang bagi memenuhi keperluan rakyat di pelbagai lokaliti. Sama ada jambatan, jalan atau dewan, semuanya penting untuk kesejahteraan komuniti,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan fizikal secara menyeluruh dan adil amat penting untuk memastikan tiada kawasan terpinggir daripada arus kemajuan.

Program penyerahan dan tinjauan projek ini turut disertai lebih 60 penduduk serta pegawai agensi berkaitan.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Lundu, Anwar Fakhriyuddin Matamit, Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Sematan, Mohd Ameerullah Roslan serta Pemanca Jumahdi Sabian. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Desa Wira flood mitigation project progressing well, says Dr Sim
Next: Muhammad Hafiz, Norhashimah dinobat Johan Tilawah al-Quran Bahagian Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.