Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek infrastruktur Tasik Biru tingkat kemudahan luar bandar
  • Selatan
  • WILAYAH

Empat projek infrastruktur Tasik Biru tingkat kemudahan luar bandar

Utusan Sarawak 19 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep turun padang meninjau sendiri perkembangan projek-projek tersebut yang melibatkan kemudahan sukan, sistem perparitan dan infrastruktur jalan di beberapa kampung serta sekolah sekitar Bau. -Foto UKAS

BAU: Penduduk di kawasan Tasik Biru bakal menikmati peningkatan kemudahan infrastruktur hasil pelaksanaan empat projek pembangunan luar bandar di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), yang kini sedang dilaksanakan dan ada antaranya telah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep turun padang meninjau sendiri perkembangan projek-projek tersebut yang melibatkan kemudahan sukan, sistem perparitan dan infrastruktur jalan di beberapa kampung serta sekolah sekitar Bau.

Di bawah peruntukan RTP 2024, antara projek yang dilawati termasuk kerja tambahan menaik taraf padang bola sepak Kampung Segong yang menelan belanja RM100,000. Projek ini telah bermula sejak Mac lalu dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Dato Henry turut melawat padang bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai yang sedang menjalani kerja baik pulih sistem perparitan dengan peruntukan sebanyak RM120,000.

Seterusnya, beliau meninjau kemudahan sukan di SMK Lake yang telah menerima peruntukan RM200,000 bagi kerja menaik taraf trek balapan. Projek tersebut telah siap sepenuhnya dan kini boleh digunakan oleh pelajar dan komuniti setempat.

Bagi projek di bawah GKCDA, Dato Henry turut meninjau tapak pembesaran jalan sepanjang dua kilometer dari Kampung Suba Bau ke Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan. Projek ini menerima peruntukan RM1 juta dan kini dalam fasa pembinaan.

Selain itu, beliau meninjau kerja menaik taraf jalan pertanian dan jalan kampung di kawasan Jalan Ngori-Grogo, termasuk kawasan Simayak dan Touom, juga dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Menurut Dato Henry, kesemua projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk mempertingkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM230,000 allocation for SK St David announced during Gawai and Father’s Day celebration at Kampung Bumbok
Next: Rodiyah tegas komitmen bina infrastruktur Kampung Sungai Buluh, sokong warisan budaya Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.