Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek bernilai RM13.2 juta di DUN Saribas dipantau rapi
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek bernilai RM13.2 juta di DUN Saribas dipantau rapi

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam semasa melakukan tinjauan dan lawatan di tapak projek berkenaan di Debak, semalam. Foto: N.35 Saribas

DEBAK: Pemantauan berterusan ke atas pelaksanaan empat projek bernilai RM13.2 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas dekat Debak kini sedang giat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata empat projek terbabit meliputi pembinaan baharu Masjid Daerah Debak bernilai RM12 juta.

Selain itu, projek naik taraf Dewan Perpaduan Debak melibatkan kos RM800,000 dan projek bina baharu Balai Raya Komuniti Debak berjumlah RM400,000.

Beliau menzahirkan rasa bangga atas kelulusan dan pelaksanaan projek-projek ini yang disifatkan sebagai pemangkin kepada pengukuhan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. 

“Saya berharap agar setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar, menepati jadual dan piawaian yang telah ditetapkan, serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

“Ini adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa mendengar dan bertindak terhadap keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Saya akan terus memastikan pembangunan di kawasan Saribas terus dipacu dengan penuh integriti dan tanggung jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan dan lawatan di tapak projek berkenaan di Debak semalam.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menjelaskan kerja-kerja pembinaan serta menaik taraf projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di DUN Saribas berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menjelaskan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap projek dibiayai kerajaan Sarawak itu dilaksana dengan sempurna dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita mahu setiap projek rakyat yang dibiayai kerajaan Sarawak dapat disiapkan mengikut jadual sekali gus memberi manfaat kepada rakyat. Ketika ini kesemua kerja pembinaan projek RTP serta BDDA berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan agensi pelaksana,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 Ahli JKPD Miri hadir mesyuarat pertama lantikan 2025–2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.