Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek berimpak tinggi BDDA di DUN Kalaka diperhalusi
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek berimpak tinggi BDDA di DUN Kalaka diperhalusi

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOHAMAD Duri semasa mempengerusikan Perbincangan Penyelarasan Projek BDDA DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) melaksanakan empat projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pembangunan luar bandar.

Pelaksanaan projek-projek tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan bagi meneliti perkembangan semasa serta mengenal pasti isu yang mungkin mempengaruhi pelaksanaannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, antara projek yang diberi perhatian ialah kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Skim Penanaman Padi Kampung Kaba, Saratok.

Menurut beliau, projek itu bertujuan menambah baik sistem pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi bagi menyokong aktiviti pertanian setempat.

Selain itu, sebuah kilang memproses beras turut dirancang untuk dibina di Skim Penanaman Padi Kampung Kaba.

ADUN Kalaka mengambil gambar bersama dengan pegawai yang turut hadir ke Perbincangan Penyelarasan Projek BDDA DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Beliau berkata, pembinaan kilang tersebut dijangka dapat menyokong aktiviti pemprosesan hasil padi serta memberi nilai tambah kepada pengeluaran pertanian di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, BDDA turut melaksanakan projek menaik taraf kemudahan awam dan rekreasi di DUN Kalaka.

Antara projek yang terlibat ialah kerja menaik taraf Dewan Terbuka Sri Kalaka dan struktur pentas utama di Tebingan Sungai Krian, Saratok.

Kemudahan di Anjung Kalaka serta kawasan Rehat Kalaka juga disenaraikan untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Mohamad berkata demikian ketika mempengerusikan Perbincangan Penyelarasan Projek BDDA DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Menurut beliau, beberapa isu teknikal dan kekangan pelaksanaan turut dikenal pasti dalam mesyuarat tersebut bagi membolehkan tindakan susulan diambil sebelum projek dilaksanakan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2.14 juta pampasan tanah, buka laluan pembangunan baharu Nanga Budu
Next: 140 penduduk sertai Ceramah Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.