Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat premis kedai diperiksa dalam operasi MBK 
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat premis kedai diperiksa dalam operasi MBK 

Utusan Sarawak 4 hours ago
PIHAK bomba menjalankan operasi menghapus bahaya kebakaran pada semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Empat premis kedai diperiksa dalam operasi menghapus bahaya kebakaran (MBK) oleh pihak bomba pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan bertujuan bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran berada dalam keadaan mematuhi piawaian ditetapkan.

“Operasi MBK tersebut dilaksanakan sekitar 11.30 pagi.

“Saya bersama Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai dan PBK II Ahmad Jais Ahad bertugas menjalankan pemeriksaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan di empat premis tersebut, didapati tidak terdapat bahaya kebakaran pada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

TAKLIMAT ringkas pihak bomba kepada pengusaha premis mengenai pengenalan alat pemadam api dan tatacara penggunaan yang betul. Foto BBP Bintangor

Katanya, pengusaha premis patuh dengan peraturan berkaitan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh JBPM.

“Selain  pemeriksaan fizikal di premis, kami turut mengadakan taklimat ringkas kepada pengusaha premis mengenai pengenalan alat pemadam api dan tatacara penggunaan yang betul.

“Aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan berkala akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan premis perniagaan sentiasa terjamin dan mengurangkan risiko kebakaran,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MySaveFood Ramadan Mukah selamatkan lebih 160 kg lebihan makanan
Next: Wanita hilang dua hari di Pulau Bruit ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.