Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat premis awam disanitasi
  • TEMPATAN

Empat premis awam disanitasi

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi sanitasi di Dewan Masyarakat Julau, pagi semalam.

BINTANGOR: Empat premis awam disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, operasi sanitasi adalah sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak terdedah dengan Covid-19 kerana premis-premis tersebut akan digunakan untuk program-program awam termasuk lawatan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Pakan pada 23 Julai (Khamis) ini.

“Empat premis yang menjalani operasi sanitasi ialah Dewan Masyarakat Julau, Dewan Masyarakat Pakan, rumah kediaman rasmi pegawai daerah dan Surau Daerah Pakan.

“Operasi sanitasi bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12.28 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, petang semalam.

Katanya, seramai lima anggota bomba yang diketuai olehnya menjalankan operasi sanitasi tersebut.

“Turut berada semasa operasi sanitasi ialah dua orang penyelia dewan,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak dikhuatiri lemas belum ditemui
Next: Larangan rentas daerah masih dipertimbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.