Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat pili bomba diperiksa di Bintangor, pastikan siap sedia hadapi kecemasan
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat pili bomba diperiksa di Bintangor, pastikan siap sedia hadapi kecemasan

Utusan Sarawak 4 days ago

PERIKSA….Anggota bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba di Jalan Tai Sing, hari ini. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak empat unit pili bomba di sekitar Jalan Tai Sing telah diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor sebagai langkah memastikan keberkesanan operasi pemadaman kebakaran pada waktu kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan berkala amat penting untuk memastikan setiap pili bomba berfungsi dengan baik, mudah diakses dan memiliki tekanan air mencukupi.

“Pili bomba merupakan sumber air utama semasa operasi kebakaran. Oleh itu, pemeriksaan berkala dilakukan untuk memastikan injap berfungsi, lokasi boleh diakses, dan tiada halangan fizikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan bukan hanya tertumpu kepada aspek teknikal tetapi turut melibatkan pemantauan persekitaran seperti keadaan struktur konkrit, tanda penunjuk yang jelas, serta memastikan kawasan sekitar tidak terhalang oleh objek atau kenderaan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan atau meletakkan kenderaan berhampiran pili bomba.

“Kerjasama orang ramai amat penting. Akses yang terhalang boleh melambatkan tindakan dan menjejaskan usaha menyelamat,” tambahnya.

Pemeriksaan di Jalan Tai Sing ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan BBP Bintangor dalam memastikan aset-aset bomba sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCIM SDA 2025 raikan inovasi pembangunan lestari di Kuching
Next: Tiong Sii hulur bantuan katil pesakit kepada lelaki terlantar di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.