
SARIKEI: Sebanyak empat unit pili bomba diperiksa dan diwarnakan semula semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata dari jumlah tersebut, tiga unit pili bomba adalah di Jalan Tangki Air dan seunit di Jalan Pengiran Kadir.
“Tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan dan mengecat semula pili bomba tersebut bermula 10.20 pagi.
“Sebelum mengecat semula pili bomba, anggota bomba memastikan dulu pili bomba sama ada dalam keadaan baik,” katanya.
Arrahman berkata demikian ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan didapati pili bomba dalam keadaan baik.
“Pili bomba diwarnakan semula bagi mengelak kerosakan seperti berkarat dan agar mudah dilihat,” katanya.
Oleh Earl Anek