Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat pesilat Wilayah Limbang tamat kursus Wasit Juri Peraturan Baharu
  • Utara
  • WILAYAH

Empat pesilat Wilayah Limbang tamat kursus Wasit Juri Peraturan Baharu

Utusan Sarawak 21 hours ago
TAULIAH WASIT ..Empat pesilat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang yang berjaya menamatkan kursus Wasit Juri Peraturan Baharu Kebangsaan Peringkat Negeri Tahap 3. 

LIMBANG: Seramai empat peserta daripada Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang berjaya menamatkan kursus Wasit Juri Peraturan Baharu Kebangsaan Peringkat Negeri Tahap 3 yang berlangsung di Kampung Sukan, Miri, Ahad lepas.

Daripada jumlah tersebut, tiga peserta merupakan wakil dari Perguruan Silat Tiga Serangkai, manakala seorang lagi mewakili Perguruan Silat Pasak Pupohan. Kedua-dua perguruan ini aktif dalam usaha memartabatkan seni persilatan di kawasan utara Sarawak.

Menurut kenyataan Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang yang dikongsikan di laman rasmi mereka, kursus ini bertujuan memperkasakan barisan wasit dan juri selaras dengan pelaksanaan peraturan baharu dalam pertandingan silat kebangsaan.

“Penganjuran kursus di peringkat negeri ini juga menjadi platform penting dalam melahirkan wasit dan juri yang berwibawa serta bertauliah menjelang kejohanan-kejohanan akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Muzik, budaya pemangkin perpaduan kaum
Next: SSLR Fasa Dua pacu pembangunan infrastruktur luar bandar di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.