Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Empat penerbangan Malaysia Airlines terjejas akibat gangguan elektrik di Heathrow
  • SEMASA

Empat penerbangan Malaysia Airlines terjejas akibat gangguan elektrik di Heathrow

Utusan Sarawak 2 months ago

Lapangan Terbang Heathrow, yang merupakan lapangan terbang tersibuk di Eropah, ditutup pada awal 21 Mac 2025 selepas kebakaran besar di stesen janakuasa menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas susulan gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow, United Kingdom, yang berpunca daripada kebakaran di sebuah stesen janakuasa berhampiran. 

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penerbangan MH2 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 20 Mac jam 11.37 malam telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam, Belanda.

“Pesawat yang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu selamat mendarat di Amsterdam pada 6.19 pagi waktu tempatan. Penumpang telah ditempatkan di hotel berhampiran dan sebahagiannya dipindahkan ke penerbangan lain,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, penerbangan MH4 pada 21 Mac yang membawa 187 penumpang dan 17 anak kapal telah diarahkan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada 3.30 petang waktu tempatan.

Turut terjejas ialah penerbangan MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur yang dijadualkan hari ini. 

“Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan yang dialami penumpang akibat gangguan ini. Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan utama kami,” kata syarikat penerbangan itu. 

Menurut laporan media, Lapangan Terbang Heathrow dijangka kekal ditutup sehingga tengah malam pada Jumaat bagi membolehkan pemulihan bekalan elektrik dilakukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir: Mangsa di Sarawak, Johor meningkat, Sabah semakin pulih
Next: Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pagi ini, Sabah kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.