Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat penagih dadah dijatuhi penjara dan sebatan
  • JENAYAH

Empat penagih dadah dijatuhi penjara dan sebatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENJARA DAN SEBAT… Lima lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Limbang selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan semalam.

LIMBANG: Empat lelaki berumur antara 27 hingga 41 tahun telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun berserta satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Limbang, semalam, kerana menggunakan dadah berbahaya secara berulang.

Hakim Mahkamah Seksyen, Monica Linsua, menjatuhkan hukuman ke atas empat pesalah mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.

Kesemua mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan penagihan dadah dan hukuman dijalankan secara serentak bermula tarikh ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang penagih tegar berumur 37 tahun turut dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan di bawah Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh mempunyai rekod lampau melibatkan penagihan dadah jenis syabu dan mengulangi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jonathan Lim His How, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata hukuman tersebut adalah setimpal dan berperanan memberi pengajaran kepada penagih supaya berhenti serta merta, selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya dadah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong
Next: Tiga lelaki ditahan dalam operasi banteras dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.