Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat pelajar terima biasiswa lanjutkan pendidikan di China
  • TEMPATAN

Empat pelajar terima biasiswa lanjutkan pendidikan di China

Utusan Sarawak 2 years ago
TAHNIAH… Pengurus Pembangunan Akademik ACEC Dennis Chan bersama penerima-penerima biasiswa penuh Study Go China. 
 

KUCHING: Empat pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 (Kuching) dan Sekolah Antarabangsa Maverick (Selangor) menerima biasiswa penuh daripada Study Go China.

Biasiswa yang ditawarkan ini bagi melanjutkan pendidikan tinggi ke Universiti Anhui (AHU) dan Universiti Beijing Wuzi (BWU) di China mulai September ini.

Menurut kenyataan media Persatuan Pendidikan dan Kebudayaan Asia-China (ACEC) Biasiswa, ini mengiktiraf keupayaan dan potensi luar biasa pelajar untuk memberi sumbangan yang signifikan dalam bidang yang dipilih dan masyarakat secara keseluruhannya.

Katanya, biasiswa Study Go China memberi peluang yang unik untuk pelajar bagi menerima sokongan kewangan serta memupuk pertumbuhan akademik dan profesional.

“Belajar di China akan mendedahkan pelajar kepada persekitaran budaya dan akademik yang kaya, memberi mereka pengalaman dan peluang yang berharga untuk pertumbuhan peribadi dan intelektual.

“Pelajar akan berpeluang berinteraksi dengan profesor terkenal, berkolaborasi dengan rakan sebaya yang berbakat, dan mendalami landskap pendidikan yang dinamik di China,” katanya. 

Kenyataan turut memaklumkan bahawa peluang memohon biasiswa penuh untuk belajar di universiti dan kolej di China bagi sesi September 2023 masih tersedia dengan rebat istimewa bernilai sehingga RM9,800 tersedia bagi program Preparatory SGC.

Bagi maklumat lanjut, pelajar yang berminat digalakkan untuk menghubungi Study Go China di talian 011-16060345.

Continue Reading

Previous: AIFFA 2023: 120 penyertaan diterima bersaing untuk anugerah terbaik
Next: Remaja lelaki ceroboh, curi diperintah berkelakuan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.