Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat panda akan kembali ke China dari zoo Jepun pada Jun
  • GLOBAL

Empat panda akan kembali ke China dari zoo Jepun pada Jun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PANDA gergasi Yuihin di taman hiburan Adventure World di bandar Shirakawa Wakayama Prefecture, Jepun Barat.

WAKAYAMA (Jepun): Kesemua empat ekor panda gergasi yang dipinjamkan ke sebuah zoo di barat Jepun akan dihantar pulang ke China akhir Jun ini, lebih awal daripada tarikh tamat perjanjian pajakan, menurut pengendali zoo itu pada Khamis.

Menurut agensi berita Kyodo, Rauhin yang berusia 24 tahun serta tiga anaknya — Yuihin (8 tahun), Saihin (6 tahun) dan Fuhin (4 tahun) — akan berlepas dari taman tema Adventure World di Shirahama, Wilayah Wakayama, ke habitat baharu mereka di Pangkalan Penyelidikan dan Pembiakan Panda Gergasi di Chengdu, Wilayah Sichuan, China.

Adventure World memulakan program kerjasama pembiakan panda dengan pusat penyelidikan China itu pada 1994 dan sebelum ini menjadi tempat tinggal kepada seekor panda jantan, Eimei, yang tiba di Jepun secara pinjaman pada tahun yang sama.

Sepanjang berada di Wakayama, Eimei mendapat 10 anak bersama Rauhin dan enam lagi dengan seekor panda betina lain.

Eimei dihantar pulang ke China pada 2023 dan meninggal dunia awal tahun ini.

Dengan kepulangan Rauhin dan anak-anaknya, hanya dua ekor panda gergasi akan tinggal di Jepun.

Kedua-dua panda itu kini ditempatkan di Zoo Ueno, Tokyo, yang menerima panda pertama dari China pada 1972 sempena memperingati pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.2 gegarkan Istanbul, cetus panik meluas
Next: Serangan pelajar ragut satu nyawa, tiga cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.