Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat organisasi kebajikan terima sumbangan Persatuan Ketua Kaum MasyarakatCina Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat organisasi kebajikan terima sumbangan Persatuan Ketua Kaum MasyarakatCina Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
JANET (tujuh kanan) menerima sumbangan daripada Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu.

SIBU: Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu meneruskan tradisi tanggungjawab sosialnya dengan menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) kepada empat organisasi kebajikan di sini, hari ini.

Empat organisasi berkenaan ialah Persatuan Autisme Sibu (SAA), Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu (ACSNS), Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu serta Pusat Penjagaan Persatuan Kebajikan Sibu

PENYAMPAIAN sumbangan kepada SAA yang diterima oleh pengerusinya, Ngu (lima kanan).

Kunjungan amal yang melibatkan kira-kira sembilan ahli persatuan itu bertujuan berkongsi kegembiraan perayaan bersama golongan memerlukan, khususnya kanak-kanak istimewa dan warga emas.

Lokasi pertama kunjungan ialah Pusat Agape Sibu, yang mana sumbangan disampaikan kepada Pengerusi ACSNS, Datuk Janet Lau dan Pengerusi SAA, David Ngu.

PENYAMPAIAN sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu.

Rombongan persatuan kemudiannya meneruskan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu dan disambut mesra oleh Penguasa rumah berkenaan, Lau Sie Tung bersama Timbalannya, Tie Ling Ling.

Pada setiap kunjungan, persatuan turut menyampaikan sumbangan angpau kepada anak-anak serta kakitangan sebagai tanda ingatan dan keprihatinan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

AHLI Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu mengagihkan limau mandarin kepada penghuni Pusat Penjagaan Persatuan Kebajikan Sibu.

Sementara itu, kunjungan ke Pusat Penjagaan Persatuan Kebajikan Sibu dimeriahkan dengan jamuan makan tengah hari serta agihan limau mandarin kepada penghuni warga emas.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian bertemakan Tahun Baharu Cina, sekali gus menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli persatuan dan penghuni pusat jagaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong agih kalendar dan limau mandarin sempena TBC
Next: 300 penduduk terima sumbangan bakul makanan sempena Program Sejambak Kasih di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.