Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut, tornado landa Michigan AS
  • GLOBAL

Empat maut, tornado landa Michigan AS

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEROSOKAN dilihat pada talian kuasa dan lampu isyarat selepas puting beliung yang dilaporkan di Three Rivers, Michigan, pada 7 Mac 2026.

NEW YORK: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan 12 lagi cedera apabila puting beliung melanda Michigan Barat Tengah, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pokok tumbang dan rumah rosak ketika amaran puting beliung dikeluarkan di seluruh bahagian selatan negeri itu, lapor media tempatan pada Jumaat.

Gabenor Michigan Gretchen Whitmer telah mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan Negeri untuk “menyelaraskan tindak balas semua pihak terhadap cuaca buruk di barat daya Michigan.”

Michigan bukanlah satu-satunya negeri yang dilanda ribut kuat, yang merentasi hingga ke Texas Utara pada petang Jumaat.

Lebih tujuh juta rakyat Amerika berdepan risiko tertinggi cuaca buruk pada Jumaat di suatu kawasan termasuk kawasan metropolitan Kansas City, Missouri; Tulsa, Oklahoma dan Omaha, Nebraska, menurut Pusat Ramalan Ribut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Hampir 25 juta orang berada pada risiko yang lebih rendah di zon termasuk Dallas, Oklahoma City dan Milwaukee, Wisconsin.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pergerakan tanah jejas lebih 100 rumah di Sukabumi
Next: Pesawat sewa bawa pulang warga Korea Selatan dari UAE pada Ahad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.