
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang maut akibat terhidu gas karbon monoksida daripada arang yang dibakar di dalam bilik ketika mereka sedang tidur di negeri Bihar, timur India, menurut pihak polis hari ini, lapor Xinhua.
Empat lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut polis, sambil menambah bahawa mangsa terdiri daripada satu keluarga di daerah Chhapra, Bihar. Mereka yang terkorban termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita berusia 70 tahun.
Menurut polis, mangsa menyalakan arang di dalam bilik bagi tujuan memanaskan badan susulan cuaca sejuk melampau.
-Bernama