Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut terhidu asap generator ketika gangguan bekalan elektrik di Sumatera
  • GLOBAL

Empat maut terhidu asap generator ketika gangguan bekalan elektrik di Sumatera

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Empat maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu asap toksik daripada generator diesel yang digunakan ketika gangguan bekalan elektrik meluas di Pulau Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Insiden berlaku di Sumatera Utara dan Sumatera Barat ekoran gangguan bekalan elektrik akibat masalah pada sistem penghantaran elektrik Sumatera.

Di daerah Batu Bara, Sumatera Utara, dua mangsa ditemukan maut di dalam sebuah rumah selepas menggunakan generator di bilik yang tidak mempunyai pengudaraan baik, menurut polis tempatan.

Pihak berkuasa mengesyaki mangsa sesak nafas selepas terhidu asap.

Sementara itu, dua maut dan tiga lagi dimasukkan ke hospital di Sumatera Barat dalam kejadian sama yang dikaitkan dengan pelepasan asap daripada generator.

Syarikat elektrik milik kerajaan Indonesia, PLN sebelum ini berkata gangguan besar melanda grid tenaga di utara dan tengah Sumatera pada kira-kira 6.44 petang waktu tempatan Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan jutaan penduduk.

PLN berkata pemeriksaan bagi mengenal pasti punca gangguan itu masih dijalankan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: California isytihar darurat di Orange County susulan insiden kimia
Next: 26 diselamatkan selepas bangunan runtuh di utara Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.