Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut selepas kereta rempuh bangunan sekolah
  • GLOBAL

Empat maut selepas kereta rempuh bangunan sekolah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Foto AFP

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk kanak-kanak dan remaja maut selepas sebuah kereta merempuh sebuah bangunan sekolah di Chatham, negeri Illinois, Amerika Syarikat pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Negeri Illinois memaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku ketika berlangsungnya program selepas sekolah di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan polis di platform X, sebuah kenderaan dilaporkan melanggar bahagian timur bangunan, merempuh beberapa individu di luar bangunan sebelum memandu secara melulu ke dalam bangunan terbabit.

Kenderaan berkenaan turut melanggar beberapa orang di dalam bangunan sebelum keluar semula melalui arah barat.

Polis memaklumkan bahawa mangsa yang terkorban dipercayai berusia antara empat hingga 18 tahun.

Seramai tiga mangsa dilanggar di luar bangunan, manakala seorang lagi di dalam bangunan. Beberapa individu lain turut cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu kenderaan itu, yang merupakan satu-satunya individu di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, menurut polis.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Xi seru kumpul kekuatan warga pekerja
Next: Gempa bumi 6.2 magnitud landa barat daya New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.