Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut, berpuluh-puluh hilang akibat tanah runtuh di utara India
  • GLOBAL

Empat maut, berpuluh-puluh hilang akibat tanah runtuh di utara India

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO ini yang diambil pada 5 Ogos 2025 dan dikeluarkan oleh Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri Uttarakhand (SDRF) menunjukkan air berlumpur mengalir melepasi bangunan kediaman selepas kejadian letusan awan menyebabkan tanah runtuh besar di negeri Uttarakhand, India. Pasukan penyelamat telah digerakkan pada 5 Ogos ke wilayah Himalaya di India selepas banjir kilat melanda sebuah lembah gunung, yang kelihatan memusnahkan sebahagian besar sebuah bandar, di mana sekurang-kurangnya empat orang terbunuh. Foto AFP


NEW DELHI:  Sekurang-kurangnya empat maut manakala lebih 50 lagi dilaporkan hilang akibat kejadian tanah runtuh di negeri Uttarakhand, utara India pada Selasa.

Pasukan penyelamat daripada  Tentera Darat India dan agensi tindak balas bencana dikerahkan ke lokasi kejadian di Dharali, kawasan yang terletak kira-kira 220 kilometer dari ibu negeri Dehradun.

Tentera Darat India memaklumkan bahawa lebih 20 mangsa telah diselamatkan selepas tanah runtuh berlaku berhampiran Perkampungan Dharali, kira-kira empat kilometer daripada kem tentera di Harshil sekitar 1.45 tengah hari waktu tempatan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, dengan semua sumber yang ada digerakkan bagi mengesan serta membantu mangsa yang mungkin masih terkandas,” menurut kenyataan itu.

Rakaman video di media sosial menunjukkan beberapa bangunan runtuh selepas dihentam aliran lumpur deras.

Media tempatan melaporkan puluhan individu dihanyutkan selepas tanah runtuh berlaku susulan fenomena hujan lebat luar biasa.

Angka korban dijangka meningkat.

Hujan lebat musim monsun turut menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan lain di India.

Banyak kematian turut dilaporkan di negeri Uttar Pradesh dalam beberapa hari kebelakangan ini apabila air sungai melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Pengembara Perancis ditemukan meninggal dunia di Kemboja
Next: Kubur besar dengan 32 mayat ditemukan di Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.