Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat lelaki terperangkap atas kenderaan 4×4 akibat banjir di Sepupok Niah
  • Utara
  • WILAYAH

Empat lelaki terperangkap atas kenderaan 4×4 akibat banjir di Sepupok Niah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PASUKAN bomba segera membawa keluar mangsa secara berperingkat ke kawasan selamat.

SEPUPOK NIAH: Empat lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas kawasan Jalan Penerangan, Sepupok Niah dinaiki air pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kesemua mangsa masih berada di atas kenderaan 4×4 berkenaan bagi mengelakkan diri daripada dihanyutkan air banjir.

“Pasukan segera menggerakkan bot bomba dan membawa keluar mangsa secara berperingkat ke kawasan selamat. Keempat-empat mangsa dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan lima anggota BBP Batu Niah bersama sebuah jentera Hilux dan sebuah bot. Tiada agensi lain dilaporkan berada di lokasi kejadian. Operasi ditamatkan selepas semua mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat.

Oleh Liong Chai Ling


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei jalankan rondaan MTL pantau risiko banjir
Next: SK Beliau Ahad, Tiris ditutup akibat banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.