Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Siburan
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Siburan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUSPEK yang ditahan bersama dadah yang dirampas dalam operasi di sekitar Siburan, semalam. Foto IPD Padawan

SIBURAN: Empat lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di sekitar kawasan Siburan, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu diberkas dalam operasi yang dijalankan.

Menurutnya, dua daripada suspek berusia 25 dan 32 tahun ditahan bersama rampasan ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu serta beberapa biji pil Eramin 5.

SUSPEK yang ditahan bersama dadah yang dirampas dalam operasi di sekitar Siburan, semalam. Foto IPD Padawan

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek turut positif dadah. Mereka disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

Katanya, dua lagi suspek berusia 31 dan 32 tahun turut didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis IPD Meradong tahan lelaki disyaki terlibat dadah
Next: PGA Sarawak rampas RM28.60 juta dalam Op Taring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.