Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti judi di Bintangor
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti judi di Bintangor

Utusan Sarawak 10 hours ago
Polis menahan empat lelaki tempatan berumur antara 49 hingga 70 tahun selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Simpang KJD, Bintangor semalam. Foto IPD Meradong

MERADONG: Polis menahan empat lelaki tempatan berumur antara 49 hingga 70 tahun selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah premis, Bintangor, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota Task Force IPD Meradong sekitar 3.00 petang.

“Dalam serbuan tersebut, pasukan polis telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menahan empat lelaki tempatan. Pemeriksaan di premis berkenaan menemui beberapa barangan yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua suspek ditangkap dan barang kes dirampas sebelum dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek pernah ditahan atas kesalahan yang sama sebelum ini. Suspek mendakwa berada di lokasi tersebut untuk berjudi bagi mengisi masa lapang,” jelasnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, DSP Tansli menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan menggesa supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis di talian 084-693222.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penjawat awam wanita di Sibu lesap RM44,000 terkena ‘scam’
Next: Polis buka kertas siasatan terhadap Inspektor Sheila

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.