Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan curi kabel TM
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan curi kabel TM

Utusan Sarawak 2 days ago
DITAHAN… Polis berjaya menahan empat lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Jalan Setia Raja, Miri, semalam. Foto IPD Miri

MIRI: Polis menahan empat lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian kecurian kabel milik Syarikat Telekom Malaysia (TM) di kawasan Jalan Setia Raja di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian tersebut dilaporkan oleh juruteknik syarikat berkenaan sekitar 11.00 pagi, 17 Oktober lalu.

“Hasil maklumat dan tindakan pantas polis, keempat-empat suspek berusia antara 31 hingga 36 tahun berjaya ditahan pada hari yang sama.

“Beberapa barang kes turut dirampas termasuk kabel, ‘takal rantai’, alatan memotong kabel serta sebuah kenderaan yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DIRAMPAS… Antara barangan yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

Menurut Mohd Farhan,hasil ujian air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Keempat-empat suspek telah dipohon reman di Mahkamah Miri hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah kecurian kabel milik TM,” ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi talian 085-433730 atau Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Kristee Andrew Sammy di talian 010-8244788.

“PDRM amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah ini,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes tikam pelajar perempuan: 127 saksi dirakam keterangan
Next: Buruh warga asing miliki dadah ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.