Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Empat lelaki didenda merokok di kedai makan di Sibu
  • MAHKAMAH

Empat lelaki didenda merokok di kedai makan di Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Padah merokok di kawasan larangan yang telah diisytiharkan iaitu di kedai makan, empat lelaki masing-masing dijatuhi hukuman denda RM450 dan RM500 oleh Mahkamah Majistret di Sibu hari ini.

Morgan Kadat, 56, dan Lawrence Lingang, 34, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM450 atau penjara sehari setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.

Sementara di hadapan Majistret Romario Jonoi, Steward Petrus, 31, dan Jackson Ang Wen Fong, 32, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu atas kesalahan yang sama.

Morgan didakwa merokok di tempat makan pada 25 Mac 2026, kira-kira 6.10 petang sementara Lawrence di sebuah kedai makan lain pada tarikh sama, sekitar 5.35 petang.

Steward didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah kedai makan pada 12 Mac 2026, kira-kira 9.30 pagi sementara Jackson Ang pada 4 Febuari 2026, kira-kira 6.00 petang.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan dihukum di bawah Seksyen 16(3) akta sama.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Permohonan SPRM halang Na’imah urus aset di Jersey didengar 13 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.