Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat lapangan terbang Vietnam gantung operasi ketika Taufan Trami semakin hampir
  • GLOBAL

Empat lapangan terbang Vietnam gantung operasi ketika Taufan Trami semakin hampir

Utusan Sarawak 7 months ago

Pasukan petugas menjalankan kerja-kerja menyelamat selepas tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Trami melanda perumahan di Talisay, wilayah Batangas, Filipina, 26 Okt. 2024.

HANOI: Empat lapangan terbang di Vietnam akan menggantung operasi buat sementara waktu susulan Taufan Trami, menurut arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV).

CAAV mengumumkan penutupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Bai dari 6 pagi hingga 10 malam pada 27 Okt, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang dari 6 pagi pada 27 Okt hingga 4 pagi pada 28 Okt, Lapangan Terbang Dong Hoi dari 6 pagi hingga 7 malam pada 27 Okt, dan Lapangan Terbang Chu Lai dari 10 pagi pada 27 Okt hingga 10 pagi pada 28 Okt.

Perbadanan Pengurusan Trafik Udara Vietnam diarahkan untuk memastikan protokol keselamatan dilaksanakan dan memberi notis tepat pada masanya kepada agensi berkaitan, lapor Agensi Berita Vietnam.

Pihak berkuasa lapangan terbang wilayah juga diarahkan untuk memantau langkah keselamatan dengan teliti.

CAAV meminta agar sebarang isu yang timbul sepanjang tempoh penggantungan operasi dilaporkan segera untuk pelarasan.– BERNAMA-VNA

Continue Reading

Previous: Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
Next: Indonesia halau kapal China dari Laut China Selatan kali ketiga minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.