Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat keluarga terjejas dalam kebakaran di Kampung Sungai Pegei, Mukah
  • KEBAKARAN

Empat keluarga terjejas dalam kebakaran di Kampung Sungai Pegei, Mukah

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN BOMBA…..Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah di Kampung Sungai Pegei, di sini dilaporkan terbakar petang tadi.

MUKAH: Empat keluarga terjejas selepas sebuah rumah sewa yang didiami mereka di Kampung Sungai Pegei di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin, berkata tiupan angin semasa kejadian telah mempercepatkan maraknya api sehingga turut menjejaskan rumah di bahagian kiri dan belakang rumah yang terbakar.

“Rumah yang terbakar didiami oleh empat keluarga – keluarga pertama (empat orang), keluarga kedua (empat orang), keluarga ketiga (tiga orang), dan keluarga keempat (seorang), kesemuanya rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Tambah beliau, rumah bersebelahan yang turut terancam didiami oleh dua keluarga iaitu keluarga pertama (empat orang, warga Indonesia) dan keluarga kedua (dua orang, rakyat tempatan).

Manakala rumah di bahagian belakang yang turut berisiko terbakar didiami oleh sebuah keluarga tempatan seramai dua orang.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan,” jelas Nicholas.

Pasukan bomba dari BBP Mukah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.37 petang.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 2.15 petang, di mana pasukan bomba berjaya menyekat kemerebakan api ke rumah di sebelah kiri dan belakang.

“Kerja-kerja overhaul turut dilakukan bagi memastikan tiada nyalaan semula berlaku. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.00 petang,” katanya lagi.

Turut membantu dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sesco.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Jengkaut terbakar awal pagi di Kota Samarahan
Next: Bomba pantas padam kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.