Empat kawasan rendah berisiko banjir dikenal pasti

Facebook
WhatsApp
RONDAAN… Anggota bomba memantau keadaan paras air semasa rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sebanyak empat kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik, pihaknya menjalankan pemantauan pada 8.55 malam hingga 9.30 malam.

“Kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Cempaka, Jalan Ixora, Jalan Bunga Raya dan Jalan Pisang Emas.

“Pemantauan paras air ini dijalankan oleh tiga orang anggota bomba,” katanya.

Arrahman berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.

Katanya, air sungai di keempat-empat kawasan tersebut sedang surut semasa pemantauan pihaknya.

“Keadaan semasa rondaan di kawasan pemantauan adalah baik dan lalu lintas terkawal.

“Tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek