Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Empat karya seni dikaitkan dengan 1MDB bernilai RM786,556 dibawa pulang – SPRM
  • JENAYAH
  • NASIONAL

Empat karya seni dikaitkan dengan 1MDB bernilai RM786,556 dibawa pulang – SPRM

Utusan Sarawak 7 hours ago

PUTRAJAYA: Empat karya seni bernilai tinggi berjaya dibawa pulang ke Malaysia dan ditempatkan dengan selamat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memulihkan aset berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan karya-karya seni itu merupakan sebahagian daripada aset berjaya dipulihkan hasil pendekatan bersepadu kerajaan Malaysia yang diterajui suruhanjaya berkenaan melalui kerjasama rapat antara agensi penguatkuasaan tempatan dan rakan strategik antarabangsa.

Menurut SPRM, nilai keseluruhan karya seni tersebut dianggarkan sebanyak AS$198,125 (RM786,556.25) melibatkan hasil karya artis terkenal dunia.

Karya seni tersebut ialah Joan Miró menerusi karya Composition (1953); Maurice Utrillo melalui Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St. Vincent, Montmartre (1934); Balthus dengan karya Etude pour femme couchée (1948) serta Pablo Picasso menerusi L’Ecuyere et les clowns (1961).

SPRM memaklumkan kesemua karya seni itu ditempatkan di lokasi khas dengan kawalan keselamatan ketat dan sedang melalui proses penstabilan persekitaran bagi memastikan pemeliharaan optimum sebelum proses pembukaan, pengesahan dan penilaian dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

“Pemulangan karya seni ini bukan sahaja melambangkan kejayaan berterusan Malaysia dalam mendapatkan semula aset yang diseleweng, malah memperkukuh kedudukan negara dalam pelaksanaan amalan terbaik pemulihan aset di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan sehingga kini, Malaysia berjaya memulihkan aset berkaitan 1MDB berjumlah kira-kira RM31.2 bilion, iaitu bersamaan hampir 70 peratus daripada keseluruhan aset yang dikenal pasti.

“Pencapaian ini merupakan satu kejayaan signifikan dan sering dijadikan rujukan serta penanda aras di peringkat antarabangsa dalam usaha pemulihan aset hasil jenayah kewangan berskala besar,” menurut kenyataan itu.

SPRM menegaskan bahawa setiap pemulihan aset, termasuk karya seni itu membuktikan tiada ruang selamat bagi hasil jenayah untuk disembunyikan walaupun melibatkan rangkaian kewangan rentas sempadan yang kompleks.

Suruhanjaya itu turut memaklumkan akan terus memperkukuh usaha pengesanan dan pemulihan aset secara agresif dan strategik bagi memastikan setiap aset yang diperoleh secara tidak sah dapat dikembalikan kepada negara demi kepentingan rakyat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lima ditahan kes penyalahgunaan dadah di Padawan
Next: Keikhlasan dua beradik beri duit raya tawan hati Perdana Menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.