Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
  • JENAYAH

Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta

Utusan Sarawak 6 hours ago
EMPAT individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta. Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua individu itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Foto BERNAMA

IPOH: Empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta.

Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua individu itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, tiga lelaki dan seorang wanita itu tiba di mahkamah pada 10.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM, sebelum dibawa keluar daripada mahkamah dengan kenderaan SPRM sekitar 11.45 pagi.

Malam tadi, Bernama melaporkan tangkapan itu yang dilakukan di pejabat SPRM Perak antara 2.00 hingga 5.00 petang semalam, turut membabitkan seorang pegawai syarikat minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang berusia lingkungan 40-an.

Sumber memaklumkan wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan dan membabitkan penyelewengan dana penyelidikan IPTS berkenaan.

Susulan penahanan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank yang mempunyai baki keseluruhan berjumlah RM8.5 juta dan menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki 54 tahun ditahan atas tuduhan mencuri di kedai runcit
Next: Polis Padawan tahan tiga remaja dalam kes cubaan curi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.