Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat individu ditahan kes dadah di Lawas
  • JENAYAH

Empat individu ditahan kes dadah di Lawas

Utusan Sarawak 7 hours ago
KESALAHAN DADAH… Empat individu ditahan berkaitan kes dadah di Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Empat individu ditahan dalam beberapa kes berasingan berkaitan dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam satu kes berasingan, tiga lelaki penganggur dipercayai terlibat dalam kehilangan penebat tembaga kilat di Stesen Pam Penggalak milik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di Ulu Merapok pada Sabtu lalu didapati positif dadah.

Beliau berkata kejadian tersebut menyebabkan kerugian sebanyak RM2,000 dan satu laporan polis diterima pada 2.32 petang berhubung insiden itu.

“Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis menjalankan siasatan dan risikan lanjut sebelum menahan tiga lelaki tempatan berusia 31, 33 dan 42 tahun di kawasan Merapok, Lawas pada Rabu lalu,” katanya.

KESALAHAN DADAH… Empat individu ditahan berkaitan kes dadah di Lawas. Foto IPD Lawas

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi tangkapan tidak menemui sebarang barang kes daripada suspek.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan dan perintah tahanan reman. Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Dalam satu lagi kes berasingan, Liong berkata pihak polis merampas dadah jenis syabu seberat anggaran 0.30 gram susulan penahanan buruh lelaki berusia 42 tahun di tepi jalan Banting pada Rabu lalu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemilik syarikat rugi RM59,500 jadi mangsa ‘phone scam’ di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.