Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat individu direman bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri
  • JENAYAH

Empat individu direman bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri

Utusan Sarawak 10 months ago
DUA lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas. Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. FotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua lelaki itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira 8.45 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu dan jingga manakala dua wanita berpakaian lokap berwarna jingga dengan tangan bergari pula tiba 10 minit kemudian diiringi polis.

Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata, tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 28 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan hilang ditemukan selamat – KP Selangor
Next: Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.